Happy Ramadhan...

Happy Ramadhan...

About Nur Zyrisya Photographer

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
Father of 3 princess,gov servant,family man

Viewed My Blog

free counters

Happy Ramadhan

Happy Ramadhan

Banci Penduduk Dan Perumahan 2010 e-Census.

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, dan Salam satu Malaysia.
...
Berkenaan Banci Penduduk Dan Perumahan 2010 e-Census, saya telah banyak menerima keluhan dari pihak pembanci-pembanci tidak kira dari Semenanjung Malaysia mahupun Sabah & Sarawak, bahawa ramai di antara penghuni di rumah tidak mahu bekerjasama dengan mereka dan mengambil perkara ini endah tak endah sahaja.
...
Untuk pengetahuan umum, Banci Penduduk Dan Perumahan 2010 bukan sekadar mendapatkan maklumat isi rumah, malahan juga untuk membantu menjana ekonomi negara, dan membantu mereka yang kurang bernasib baik tidak kira dari segi pengetahuan atau ekonomi.
...
Anda diminta untuk memberikan kerjasama agar dapat meringankan tugas-tugas yang telah diberikan kepada mereka. Sekiranya anda berasa ragu-ragu dengan kehadiran mereka, anda digalakkan untuk meminta mereka menunjukkan kad pengenalan pembanci dan juga kad nama yang telah disediakan kepada pembanci-pembanci tersebut.
...
Sekiranya pembanci-pembanci enggan menunjukkan kad pengenalan atau kad nama pembanci, berkemungkinan besar mereka itu bukanlah pembanci. Mereka berkemungkinan besar adalah penjenayah yang hendak melakukan jenayah. Ini kerana setiap pembanci telah diberikan kad nama masing-masing.
...
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan, atau luahan perasaan tidak puas hati anda kepada pembanci-pembanci, atau pembanci-pembanci yang ingin meluahkan sesuatu, atau membetulkan sebarang kesilapan pada post ini, silalah komen atau tinggalkan pesanan anda pada ruangan sembang-sembang.
...
Kerjasama anda dalam menjayakan Banci Penduduk Dan Perumahan 2010 adalah amat diperlukan dan di akhiri dengan ribuan dan jutaan terima kasih...

Thursday, August 5, 2010

Fungsi baru untuk pengguna "SMARTPHONE"

Kepada sesiapa yang memiliki smartphone, ada berita menarik untuk anda renungi. Anda boleh melayari Bincang.net untuk mengetahui keterangan lebih lanjut mengenai aplikasi ini.
...
Tapatalk is a forum app on the iPhone, BlackBerry, Android, and Nokia. Our app provides you super fast forum access to any vBulletin, IPBoard, phpBB or SMF forum that has activated our Tapatalk plugin.
...
Anda boleh download aplikasi ini di laman web berikut: http://www.tapatalk.com/Untuk pengguna Nokia, sila download aplikasi Tapatalk dari OVI Store telefon anda.
...
Walau bagaimanapun bagi pengguna IPhone dan Android, terdapat 2 versi iaitu percuma, dengan akses terhad, dan berbayar dengan semua akses ke forum.
...
Bagi pengguna BB dan Nokia, masih lagi percuma.
...
Dipetik dari laman web:
http://bincang.net/forum/showthread.php?107170-Fungsi-baru-untuk-pengguna-smartphone&s=32fd802ab5d44a922dc1ea1411f6f218&p=2548952
...
Untuk komen, atau keterangan lebih lanjut, janganlah malu dan segan untuk melayari laman web yang telah dicatatkan di atas.
...
Post ini hanyalah untuk menyebarkan maklumat berguna kepada pemilik "smartphone".

No comments:

Post a Comment